INC - KUL ( Everyone can fly )
sambungan part 1
Yahoooo, berjaya beli tiket flight balik ke Malaysia pada 28/5/2013...Tadaaaa
Booking Details
Flight details
| Depart | Seoul (ICN) to Kuala Lumpur LCCT (KUL) | |
|---|---|---|
D7 507
Promo |
ICN (ICN)
Seoul (ICN) Tuesday, 28 May 2013, 0935 (9:35 AM) |
KUL (KUL)
Kuala Lumpur LCCT (KUL) Tuesday, 28 May 2013, 1505 (3:05 PM) |
Harga RM409 seorang...mahal sikit la, aku tak dapat nak berebut yang harga RM250 punye, cepat je sold out...Apa nak buat memang dah tak de rezeki la tu
Pulau Jeju ( Exciting Flying )
Tempat ini wajib ada dalam tentative aku ni. Ramai blogger mencadangkan tempat ini sangat-sangat best untuk dilawati...Maka, aku dengan bersemangatnya membuat survey, domestic airline yang murah untuk ke sana...Macam-macam airline ada...berdasarkan kajian aku antara kapal terbang tambang murah yang ada di korea : T-way, Jeju Air & Easter Jet...masing masing ada website yang tersendiri dan yang paling selasa dan mudah untuk membeli secara online adalah Easter Jet, sebab ia ada bahasa inggeris dan amat mudah untuk membeli terus secara online. Aku dapat harga yang murah untuk ke Jeju 9,000 won seorang pergi balik. Tapi disebabkan balik aku nak ikut tentative yang aku telah rancangkan, maka tak dapat la harga murah 9,000 won untuk tiket balik ke seoul. Sila lihat jadual di bawah untuk lebih detail :

| Name | Pax type | Route | Seats | Fare | Airport tax | Fuel Surcharge | Discount | Additional charge | Total amount |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Rose Xxxxx | Adult(F) | Departure | ₩ 9,900 | ₩ 4,000 | ₩ 13,200 | ₩ 0 | ₩ 0 | ₩ 85,200 | |
| Adult(F) | Return | ₩ 40,900 | ₩ 4,000 | ₩ 13,200 | ₩ 0 |
Tiket ini aku beli 5 bulan sebelum tarikh bertolak ke korea...Kalau di convert ke duit Malaysia dalam ~RM255/- pergi balik... Murahkan ?? Jadi sesiapa yang berminat hendak ke pulau Jeju, silalah rajin-rajin tengok website Easter Jet ni untuk dapat harga yang berpatutan.
Passport
Passport pun aku dah siapkan 5 bulan sebelum bertolak ke seoul...Bukan apa, aku tak suka buat kerja last minute...Tapi ya ampun, aku taubat tak nak pegi buat passport kat putrajaya hari sabtu or ahad...Punyalah ramai manusia,tunggu punya la lama...menyesal pulak aku tak buat online je...Aku nasihatkan sesiapa yang nak berurusan dengan imigresen, kalaw dah diberikan kemudahan yang menyenangkan...gunakan la...Sekarang dah mudah, online boleh, nak buat passport guna kiosk pun boleh...Tapi yang kiosk tu untuk hari bekerja saja...memang mudah, tak payah nak tunggu berjam-jam di kaunter tu. Aku dah buang pula pamplet yang aku ambil kat imigresen tempoh hari, kalau tak boleh aku tepek kat sini...sorry, lain kali la aku story the mory ya...
Tiket balik Malaysia~ settledTiket Flight ke Jeju~ settledPassport~ settledBooking Namsan GuestHouse ( Seoul )
Booking Yeha GuestHouse ( Jeju )
Booking The House Hostel ( Sokcho )




