Salam travelholic semua...
Baru-baru ni, sebelum puasa aku dan sepupu semua pergi bercuti beramai-ramai. Destinasi kami kali ini adalah ke Langkawi. Agak lamalah rancang percutian kali ini 5 bulan sebelum terjadinya percutian ini...serta 2, 3 kali jugaklah berpinda tarikh.. Akhirnya 6/7/2012 ~9/7/2012... 2 minggu sebelum puasa kami bertolak...Seperti biasa aku telah menyediakan tentative serta aktiviti yang akan kami lakukan sepanjang di langkawi...cuaca juga amat baik, serta tidak mengganggu aktiviti yang telah dirancang pun.
Aku bertolak dari Puchong selepas maghrib pkl 8.30 malam...kononnya bajet pukul 10.30 pm sampai la ke rumah sepupu aku di ipoh...tapi jalan jem dari highway Sg. buloh sampai la ke Tg. malim...Rupa2nya ada lori minyak tergolek tengah jalan...So, sampai ipoh pun dah lewat, dalam 1 pagi...dah la kami tak makan malam lagi...sampai je Ipoh terus bedal makan yang sepupu aku dah masak...
Dalam jam 4.00 am kami bersiap2 bertolak ke Jeti Kuala Perlis, singgah sebentar di R&R Gurun kalau tak silap aku untuk solat subuh sebelum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya
seperti dijangkakan kami sampai di Kuala perlis jam 8.30 pagi, aku terus ke kaunter tiket ferri untuk ke Langkawi, manakala hubby azlan mencari pejabat imigresen untuk letak kereta disana...Harga tiket RM18/= sehala, kanak2 RM13/=
sampai saja di jetty Langkawi terus kami ke kaunter sewa kenderaan, yang mana sepupu aku memang dah booking van awal2 kat membernya...RM160 sehari...besar juga vannya, boleh muat 9 orang dewasa...so, kami pun terus check in di AB motel.
Selepas lunch, dalam pukul 2ptg kami terus ke Langkawi cable car...Harga tiket utk dewasa RM15, kanak2 dah lupa pula...half price kot...Cuaca hari itu memang sangat-sangat baik dan cantik...biarlah gambar yang menceritakan segala-galanya...
telaga tujuh view dari dalam cable car
Pemandangan tersangatlah cantik. Bagi yang melancong ke Pulau Langkawi saya cadangkan Cable Car sebagai tempat wajib dikunjungi...tidak terkata, sungguh indah ciptaan tuhan, rasa seram juga naik cable car tu...tapi hilang semua ketakutan tatkala melihat view yang cantik dari atas...Aku pun tak tahu kenapa gambar hutan ni berkabus, tak clear, samada aku punye camera @ memang berkabus time tu...Sesampai saja di platform yang pertama aku turun...Rasa sejuk dek angin yang bertiup jangan cakap la...tapi aku enjoy bila anak aku seronok berlari kesana-sini...dekat sini juga ada menyediakan tempat urut kaki bagi sesiapa yang lenguh2 panjat tangga tu...tapi 1st platform ni tak banyak sangat tangga...
Platform 2
Sampai saja di Platform ke 2 aku terus panjat tangga untuk menuju ke tempat pemandangan yang paling tinggi...Disitu aku lepaskan anak aku, kawasannya pun tidak berapa nak berbahaya. Jadi, bila sikecik ni sudah penat dia mencangkung pula...Aatikah,Aatikah...
Aatikah & Hubby
Oh ya, sebelum ke sini beberapa bulan yang lalu aku dah buat search di internet yang mana disini ada jambatan gantung yang amat gayat kalau sesiapa yang berjalan diatasnya...Tapi time kami datang ni, tempat jambatan gantung tu tutp la pula...memang takde rezeki aku la tu nak merasa gayat...hahahaha...
Berakhirlah sudah aktiviti kami hari ini...selepas habis round2 di cable car kami balik ke motel dan meneruskan aktiviti mandi di pantai cenang...malamnya pula pegi window shopping di sepanjang jalan pantai cenang memang, happening tempatnya penuh dan ramai dengan mat salleh...
To be continue...

6 Julai 2012 (Jumaat)
8.00 pm – Bertolak ke Ipoh ( rumah k.yong )
7 Julai 2012 (Sabtu)
4.00 am – Dari Ipoh bertolak ke Jetty Kuala Perlis
10.00 am - Naik feri ke Pulau Langkawi
12.00 pm – Check in ( AB motel )
1.00 pm – Lunch
2.00 pm – Langkawi Cable Car
8.30 pm – Dinner and proceed to Pekan Kuah for sightseeing
8 Julai 2012 (Ahad)
9.00 am – Island Hopping ( time duration : 3 -3.5 hours ) termasuk 3 Pulau
1.00 pm – Lunch
2.00 pm – Underwater world ( time duration : 4 hours )
9 Julai 2012 (Isnin)
9.00 am – Aktiviti Bebas
12.00 – Check Out
1.00 – Lunch & Balik KL
Day 1
Aku bertolak dari Puchong selepas maghrib pkl 8.30 malam...kononnya bajet pukul 10.30 pm sampai la ke rumah sepupu aku di ipoh...tapi jalan jem dari highway Sg. buloh sampai la ke Tg. malim...Rupa2nya ada lori minyak tergolek tengah jalan...So, sampai ipoh pun dah lewat, dalam 1 pagi...dah la kami tak makan malam lagi...sampai je Ipoh terus bedal makan yang sepupu aku dah masak...
Dalam jam 4.00 am kami bersiap2 bertolak ke Jeti Kuala Perlis, singgah sebentar di R&R Gurun kalau tak silap aku untuk solat subuh sebelum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya
seperti dijangkakan kami sampai di Kuala perlis jam 8.30 pagi, aku terus ke kaunter tiket ferri untuk ke Langkawi, manakala hubby azlan mencari pejabat imigresen untuk letak kereta disana...Harga tiket RM18/= sehala, kanak2 RM13/=
sampai saja di jetty Langkawi terus kami ke kaunter sewa kenderaan, yang mana sepupu aku memang dah booking van awal2 kat membernya...RM160 sehari...besar juga vannya, boleh muat 9 orang dewasa...so, kami pun terus check in di AB motel.
Selepas lunch, dalam pukul 2ptg kami terus ke Langkawi cable car...Harga tiket utk dewasa RM15, kanak2 dah lupa pula...half price kot...Cuaca hari itu memang sangat-sangat baik dan cantik...biarlah gambar yang menceritakan segala-galanya...
telaga tujuh view dari dalam cable car
Pemandangan tersangatlah cantik. Bagi yang melancong ke Pulau Langkawi saya cadangkan Cable Car sebagai tempat wajib dikunjungi...tidak terkata, sungguh indah ciptaan tuhan, rasa seram juga naik cable car tu...tapi hilang semua ketakutan tatkala melihat view yang cantik dari atas...Aku pun tak tahu kenapa gambar hutan ni berkabus, tak clear, samada aku punye camera @ memang berkabus time tu...Sesampai saja di platform yang pertama aku turun...Rasa sejuk dek angin yang bertiup jangan cakap la...tapi aku enjoy bila anak aku seronok berlari kesana-sini...dekat sini juga ada menyediakan tempat urut kaki bagi sesiapa yang lenguh2 panjat tangga tu...tapi 1st platform ni tak banyak sangat tangga...
Platform 2
Sampai saja di Platform ke 2 aku terus panjat tangga untuk menuju ke tempat pemandangan yang paling tinggi...Disitu aku lepaskan anak aku, kawasannya pun tidak berapa nak berbahaya. Jadi, bila sikecik ni sudah penat dia mencangkung pula...Aatikah,Aatikah...
Aatikah & Hubby
Oh ya, sebelum ke sini beberapa bulan yang lalu aku dah buat search di internet yang mana disini ada jambatan gantung yang amat gayat kalau sesiapa yang berjalan diatasnya...Tapi time kami datang ni, tempat jambatan gantung tu tutp la pula...memang takde rezeki aku la tu nak merasa gayat...hahahaha...
Berakhirlah sudah aktiviti kami hari ini...selepas habis round2 di cable car kami balik ke motel dan meneruskan aktiviti mandi di pantai cenang...malamnya pula pegi window shopping di sepanjang jalan pantai cenang memang, happening tempatnya penuh dan ramai dengan mat salleh...
To be continue...

No comments:
Post a Comment